skip to main | skip to sidebar

SMJK KATHOLIK TG MALIM

Thursday, September 2, 2010

Hari Terbuka




















































Posted by SMK KATHOLIK at 8:43 PM No comments:

Thursday, June 10, 2010

GAMBAR KENANGAN 2010

Posted by SMK KATHOLIK at 6:23 PM No comments:

Wednesday, June 9, 2010

GAMBAR KENANGAN 2000-an

Posted by SMK KATHOLIK at 6:20 PM No comments:

GAMBAR KENANGAN 90-an




















































Posted by SMK KATHOLIK at 6:20 PM No comments:

GAMBAR KENANGAN 80-an
























































Posted by SMK KATHOLIK at 6:20 PM No comments:

GAMBAR KENANGAN 70-an



































































Posted by SMK KATHOLIK at 6:19 PM No comments:
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Lencana Sekolah

Lencana Sekolah

ABOUT ME

My photo
SMK KATHOLIK
NAMA SEKOLAH: SMK KATHOLIK TANJONG MALIM ALAMAT SEKOLAH: JALAN SLIM LAMA, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.KOD SEKOLAH : AEB 0043 NO.TEL : 05-4596241 NO.FAX : 05-4582376 EMEL : smkkat_tm@yahoo.com Pengetua : EN LIEW CHIN KHIN
View my complete profile

BLOG INI DIKELOLAKAN OLEH :

Penyelaras : Pn Nurlisa Mah

Pengerusi :Tang Jia Min (4AK)

Setiausaha :Teoh Wei Liang (4AK)

Bendahari :Thong Yoong Fui (4AK)

AJK : 1.Thoy Pau Ying (3H)

2. Ong Kai Chen (3H)

3. Lim Man Siang (3H)

Blog Archive

  • ▼  2010 (25)
    • ►  May (18)
    • ►  June (6)
    • ▼  September (1)
      • Hari Terbuka

Kata Alu-Aluan Pengetua

Salam Bahagia dan Salam 1 Malaysia.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana saya diberi kesempatan untuk menutur bicara dalam ruang ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru penasihat kelab komputer , semua ahli kelab komputer serta setiap individu yang gigih berusaha dalam menyempurnakan penerbitan blog ini dengan jayanya. Sebagai tanda kenangan meraikan Majlis Perasmian Pembinaan Bangunan Baru dan menyambut Jubli Emas (Ulang Tahun Ke-50) SMK Katholik, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.Saya berasa amat berbangga dan berbesar hati kerana SMJK Katholik, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan yang menjangkau usia 50 ini, kini berubah wajar dari sebuah sekolah menengah rendah menjadi sekolah menengah atas. Selaras dengan perkembangan tersebut, sebuah bangunan tambahan setingkat (4 bilik darjah) dan makmal komputer telah pun didirikan atas usaha pihak PIBG. Sebuah makmal sains tulen juga akan dibina pada tahun ini bagi memulakan aliran sains tulen (Tingkatan 4) untuk tahun depan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tg. Malim dan semua pihak yang memberi bantuan serta sumbangan dalam merealisasikan usaha pembangunan sekolah ini dalam masa yang singkat.SMK Katholik, Tg. Malim, yang semakin berkembang maju mempunyai suasana yang aman dan sesuai untuk menuntut ilmu. Tambahan pula, pihak PIBG juga sentiasa memberi kerjasama dan mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan sekolah. Diharapkan kerjasama dan sokongan ini akan berterusan daripada semua pihak.Akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha menjadikan sekolah kita yang terbaik dalam semua aspek. Usaha-usaha dan pembangunan bersepadu akan dilaksanakan secara berterusan bagi pencapaian yang cemerlang dan SMJK Katholik menjadi pilihan utama untuk pendidikan anak-anak kita.Sekian, terima Kasih

Sejarah Sekolah

Dalam tahun 1950an, murid- murid yang tamat persekolahan Cina di Tanjung Malim, Kalumpang, Kerling, Kuala Kubu Bharu, Behrang, Slim River dan Slim Village terpaksa pergi ke Kuala Lumpur atau ke Ipoh bagi melanjutkan persekolahan menengah kerana tiada sekolah di Tanjung Malim.Justeru itu hanya segolongan mereka yang berkemampuan sahaja melanjutkan pelajaran menengah.Sebuah sekolah menengah telah dicadangkan untuk ditubuhkan. Ini bertujuan bagi memenuhi hasrat kaum Cina di Tanjung Malim. Dalam tahun 1959, Missionary Catholic telah membeli tanah seluas 6 ekar di Slim Lama dengan tujuan untuk mendirikan sebuah sekolah Konven Menengah. Kaum Cina yang terdiri daripada pemimpin mereka iaitu Tuan Lee Seek Fun (M.P) dan Tuan Chen Chin Long telah menemui pihak Mission Catholic dan merayu agar pihak yang berkenaan dapat mendirikan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) bagi murid-murid lelaki dan perempuan.Pada bulan Februari 1960, pihak Mission Catholic telah bersetuju dan membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa wakil persatuan Eng Choon, Persatuan Kek, Persatuan Kukong Chow, Persatuan Kow Chew dan Persatuan Keng Chew Klan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan serta bekerjasama dengan pihak Mission Catholic bagi mendirikan sebuah sekolah yang bakal diberi nama “Catholic National Type Chinese Secondary School” atau “Catholic High School”. Pelbagai bangsa telah ditawarkan untuk menuntut di sekolah ini.Pada 19 Februari 1960, satu perjumpaan rasmi telah diadakan di Persatuan Niaga Cina (Chinese Merchant Association) Tanjung Malim. Para hadirin terdiri daripada 11 wakil yang mewakili Persatuan Cina Tanjung Malim, 2 wakil dari Slim River,2 wakil dari Slim Village, seorang dari Behrang Stesyen dan seorang dari Kerling. Mission Catholic diwakili oleh Mendiang Francis Chan bersama-sama Rev. Father Ki, Rev. Father Chu, Rev. Father Lim dan Rev. Surjan Singh (J.P). Mendiang Tuan Teh Seh Lan telah mempengerusikan satu jawatankuasa yang dipanggil “Catholic High School Building Fund Committee”.Perjumpaan kedua telah diadakan pada 13 Mac 1960. Persatuan-persatuan Kek, Eng Choon, Ku Kong Chew, Keng Chew Klan Tanjung Malim, Kaum Cina Slim, Slim River, Behrang Stesyen, Kerling, Kalumpang dan Kuala Kubu Bharu menyumbangkan wang sebanyak RM 3,000.00 manakala pihak Kementerian Pelajaran menyumbangkan wang sebanyak RM 35,000.00.Pelan-pelan bagi bangunan sekolah ini telah dihantar ke Kementerian Pelajaran pada 31 Mei 1960. Tender iklan bagi bangunan sekolah yang mempunyai 10 bilik darjah, sebuah makmal Sains dan sebuah tandas telah dikeluarkan pada 30 Jun 1960.Pada 31 Januari 1961, sekolah ini bermula dengan 2 darjah peralihan yang mengandungi 72 orang penuntut. Pengetua pertama sekolah ini ialah Rev. Father Dr. Chu. Bangunan Persatuan Eng Choon dan Persatuan Kek di Jalan Chong Ah Peng digunakan sebagai kelas-kelas sementara.Perasmian meletak batu asas Catholic High School telah berlangsung pada 1 Ogos 1961 pada pukul 5 petang dan telah dihadiri oleh Y.B Menteri Kehakiman Mendiang Tuan Tun Leong Yew Koh, Y.B. Lee Seck Fun, mendiang Bishop Francis Chan, Lee Mui Yui dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Lembaga Pengurus dan lain-lain orang kenamaan.Sekolah ini telah berpindah dari bangunan Persatuan Eng Choon dan Persatuan Kek ke bangunan baru di Jalan Slim. Seramai 6 orang guru telah mengendalikan seramai 142 orang murid tingkatan 1 dan tingkatan 2.







刘善庆校长致词

本校为了纪念创校50周年暨举行新校舍落成开幕典礼,以及让师生留下美好的回忆,遂决定出版部落格。对此,我感到十分荣幸与骄傲,借此机会,我谨向特辑编委会致以崇高的敬意与衷心的感激。丹绒马林华社领袖在1960年创建公教中学,在1965年开办高中班直到1973年,因学生人数不足而被迫停办。不过,在1975年,学生人数回升后,校方再次向教育部争取复办高中班。在漫长的岁月里,校方秉持着不到黄河心不死的观念,力争重办高中班。经历了36年的努力之下,皇天不负有心人,终于在2009年3月获得霹雳州教育部的批准,于2010年重新开办高中班,这已象征着我校已经骄傲地踏出历史性的一步,为沉寂已久的高中班带来可喜的曙光为沉寂已久的高中班带来可喜的曙光。然而,为了让子弟们能够在原校完成高中课程,本校迫切需要增建教室以应付开办高中班。为了筹募建造课室的经费,本校已锁定35万令吉的建造经费目标。在短短的两个月内,所筹获的款项已突破原定目标,真是可喜可贺。这足以证明华社对于办教育一事,秉持着义不容辞的精神。承蒙社会热心人士一次又一次的鼎力相助,慷慨解囊,踊跃捐输,得使公教中学顺利增建四间课室及一间尚待兴建的科学室。更难能可贵的是,本校也在明年开办中四理科班,以让优秀的学子能继续在原校就读理科班。趁此良机,我谨代表全校师生衷心地感谢拿督斯里黄家泉国会议员,慷慨拨款10万令吉作为建校基金。同时,也感谢家教协会主席、社会贤达、本地各社团、政党及各界热心人士对本校的支持和爱护。本地人对教育的热心与坚持,肯为华教付出一份绵力,本人深受感动。其实,公教中学是社会人士对子女教育理念的落实,是华社群策群力、呕心沥血筹建而成的。公教中学走过了50年风雨历程,经历了多少崎岖坎坷路,如今总算步上轨道,这都是与广大校友及社会各界人士的关心与厚爱分不开的。虽然呈现在眼前的不是康庄大道,更不是风雨无阻,但只要公教中学继续获得各位的关注与支持,本人坚信要落实公教中学成为本区域一所杰出学校的目标、打造成质量上乘的顶尖学校绝对不是梦想而已。各位,就让我们同心协力,努力实现共同的宏愿吧!谢谢。丹绒马林公教中学校长







VISI

Menjadi sebuah sekolah yang mampu melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab bagi memenuhi hasrat dan aspirasi negara.







MISI

Memberi pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk mengembangkan potensi murid dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan



OBJEKTIF

Melariskan konsep “Komuniti Berilmu Perak Gemilang” dengan menjurus ke arah:







- Kecemerlang Pengurusan dan kepimpinan



- Kecemerlang Kokurikulum dan Sukan



- Kecemerlang Kurikulum



- Kecemerlang Sahsiah dan Keceriaan


SENARAI NAMA PENGETUA

1. Rev. Fr. Benedict Chu - 1960 - 1966

2. Rev. Fr. Francis Chao - 1967 - 1978

3. En. Michael Phun Yit Fook - 1978 - 1988

4. En. Yap Chiap Tark - 1988 - 1991

5. En. Ong Kong Wah - 1991 - 1998

6. En. Chua Tong Guan - 1998 - 1999

7. En. Ng Chai Kiat - 1999 - 2000

8. Pn. Teng Siew Bee - 2000 -2008

9. En. Liew Chin Khin - 2008 hingga sekarang

Followers

NOSTALGIA

NOSTALGIA