Sunday, May 16, 2010

Kata Alu-Aluan Pengetua

Salam Bahagia dan Salam 1 Malaysia.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana saya diberi kesempatan untuk menutur bicara dalam ruang ini. Syabas dan tahnniah diucapkan kepada setiap individu yang gigih berusaha dalam menyempurnakan penerbitan blog ini dengan jayanya. Sebagai tanda kenangan meraikan Majlis Perasmian Pembinaan Bangunan Baru dan menyambut Jubli Emas (Ulang Tahun Ke-50) SMK Katholik, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan.Saya berasa amat berbangga dan berbesar hati kerana SMJK Katholik, Tg. Malim, Perak Darul Ridzuan yang menjangkau usia 50 ini, kini berubah wajar dari sebuah sekolah menengah rendah menjadi sekolah menengah atas. Selaras dengan perkembangan tersebut, sebuah bangunan tambahan setingkat (4 bilik darjah) dan makmal komputer telah pun didirikan atas usaha oleh pihak PIBG. Sebuah makmal sains tulen juga akan dibina pada tahun ini bagi memulakan aliran sains tulen (Tingkatan 4) untuk tahun depan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tg. Malim dan semua pihak yang memberi bantuan serta sumbangan dalam merealisasikan usaha pembangunan sekolah ini dalam masa yang singkat.SMK Katholik, Tg. Malim, yang semakin berkembang maju mempunyai suasana yang aman dan sesuai untuk menuntut ilmu. Tambahan pula, pihak PIBG juga sentiasa memberi kerjasama dan mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan sekolah. Diharapkan kerjasama dan sokongan ini akan berterusan daripada semua pihak.Akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha menjadikan sekolah kita yang terbaik dalam semua aspek. Usaha-usaha dan pembangunan bersepadu akan dilaksanakan secara berterusan bagi pencapaian yang cemerlang dan SMJK Katholik menjadi pilihan utama untuk pendidikan anak-anak kita.Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment